dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM

9 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pengurus NADI telah membantu seorang usahawan iaitu Puan Suzita binti Md Said untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Beliau telah hadir ke Kompleks Penghulu Mukim Serkat yang menjadi lokasi pemindahan sementara NADI Tanjung Piai pada jam 11.00 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari. Setelah selesai menjalani proses janji temu yang telah ditetapkan, mudahlah bagi Puan Suzita untuk dibimbing mendaftarkan perniagaan beliau di sistem Ezbiz.

Puan Suzita ingin menggunakan nama perniagaan Suzita Jaya dan beliau merupakan usahawan yang menjalankan khidmat sewaan kenderaan berat termasuk jentera dan mesin. Beliau telah diterangkan mengenai kaedah meletakkan jenis perniagaan, alamat perniagaan sehingga ke peringkat kata kunci jenis perniagaan. Kelas pendaftaran ini juga secara tidak langsung membolehkan Puan Suzita mengenali NADI secara lebih dekat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.